Monday, November 1, 2010

Di tiup angin ke sana sini


Hi! Untuk sesiapa yg smpai kat sini, tak tau apa nak ku katakan padamu. Kalau nak ucap terima kasih....kemungkinan kamu ini sampai kerna tk sengaja...lepas tu aku ini pula tidak meniaga apa2 produk pun - bila kamu beli aku boleh tq-kan kamu.

Pendekata; aku ini hidup bagaikan diterbang angin takdir...ke mana aku ditiup, ke situlah aku melanda. Nampaknya aku kini seringkali ditiup oleh angin putaran (whirlwind) - berpusing2 di kawasan dunia kecantikan dan kesihatan.

Rata2 pengembaraanku meneliti dunia kecantikan internet (Malaysia), luas juga ya?...Ramai dari kita yang sudah mula pandai menampilkan blog2 menarik yg ramai pengunjung. Aku pula tak pernah ada blog yg begitu. (sedih...)

So, aku menulis di sini adalah kerana mahukan suatu titik permulaan. Jari-jemariku menaip bagaikan hembusan angin tanpa arah tujuan. Daku mahu melihat ke manakah arah tujuan blog ini...sebab kalau aku tak bermula, sudah semestinya tiada apa2 perjalanan pun akan berlaku.

Boring ka sih membaca posting aku ni? Kalau ya, aku tak marah. Aku bukan jenis marah. Aku jenis tenang dan banyak menerima ketentuan takdir. Dahulu, masa muda2, ku punyai banyak keinginan. Tapi setelah banyak peristiwa duka dan lara menimpa, aku mulai sedar bahwasanya apa jua yg berlaku di bumi ini bukan hak aku sepenuhnya....

Contoh: kalau kita terasa Cina dan Hindu menyemak di negara Malaysia ini, JANGAN - sebab yg meletakkan mereka di Tanah Malaya ini adalah Allah. Tuhan. Tanah di Malaysia ni milik Allah (Tuan Punya Tanah paling Utama). So, dia yg letakkan semua bangsa2 selain melayu tu di sini. Kalau bangsa2 lain tu tk tinggal sini, mana lagi mereka nak tinggal? Mereka tu pun hamba Allah. Allah punya. Suka hati dia le nak letak berapa ramai bangsa2 asing kat sini.

So, dengan pernyataan ini; sesiapa yg kuat sikap anti bangsa ni, harap2 bertafakur. Renung diri. Jangan le asyik pikir; Malaysia ni sepatutnya tak ada bangsa tu bangsa ni. Bangsa lain tu menyemak. Ketahuilah bahawasanya kalau bagai nak rak sekalipun pendirian kita mahu Malaysia ni dikuasai penuh bangsa Malay, ndak tk ndak di penghujung kita akan tertanam jua dlm tanah....sendirian. Semua tanah adalah milik Allah dan semua manusia tk kira apa jua bangsa, adalah hamba kepada Allah. Suka hati dia nak 'arrange' macam mana sekalipun di mana2 tempat.

OK?

Saturday, July 3, 2010