Wednesday, May 4, 2011

Aku Tak Mau ada apa2 Deal dgn Mamak


AKU TAK MO ADA APA2 DEAL DGN ADI MAMAK...dan juga BANI!..Zainal Bani! (Babi!). Sebabnya, 2 ekor manusia ni seakan2 tk layak digelar 2 'orang'.

Cerita dia cam gini hah: Adi mamak dtg rumah daku kata ada offer handphone jenis 'android' nak dijual. Phone tu baru lagi, owner dia ubah fikiran tak mau pakai lepas seminggu dua beli. Sebabnya; tak berapa sesuai dgn talian internet yg dia ada (konflik hardware). Dengan gigi jongang dia (kulit gelap, gigi terserlah), sambil di atas motor di depan pagar rumahku, Adi 'kelam-kabut' kata daku kena cepat sebab dah ada buyer lain. Daku memang mahukan handphone jenis tu sebab ia ada kaitan dgn kerja marketing daku yg telah daku sandar sejak 6 bulan lepas. Di kala daku travel, penting utk daku mempunyai handphone yg boleh beri gambaran jelas sebagaimana 'desktop' atau 'laptop' (nak dibawa dua2 tu agak berat sih...)

'Aku tunggu di rumah. Kalau kamu berkeinginan, datang terus ke rumah aku atau telefon mummy aku.'

Selepas waktu Maghrib, daku tiba di rumah Adi dgn keretaku. Adi melangkah masuk ke dalam kereta dan berkata: 'Aku kena pergi jumpa owner tu seorang diri. Dia jenis tak suka berurusan dgn org tak kenal. Dia dah bagitau awal2, aku seorang saja. Jgn bawak orang lain'. Mendengar pernyataan itu, daku terasa nak kensel...sebab Adi minta untuk bawak keretaku menjumpai owner handphone tu. Aku menolak dgn keras sampailah dia minta ku tunggu sekejap, dia nak masuk ke dalam rumah kembali dan minta izin mummy dia nak pinjam motor. Selepas beberapa minit daku tunggu, Adi tak keluar2...Daku turun dari kereta untuk melihat. Kemudian Adi keluar sambil dengan gaya bersahaja minta kunci kereta, tetap nak pergi seorang. Kerana malas nak berlengah lagi, daku beri saja kunci dan duit, terus dia pergi....'Sekejap je. 5 minit je'.

Dan lepas 1 jam dia tak balik2....Daku dah bagaikan orang gila tunggu sorang2 di depan perkarangan rumahnya. Tension, meradang, nak maki hamun semua ada. Dalam pada tu, daku terasa diri sendiri juga yg bodoh. Kerna membiarkan diri berurusan dgn manusia jenis dia tu (sedangkan daku sudah tahu perangai dia...) Entahlah...Sikapku yg suka memaafkan orang selalu menjadikan diriku lembut. Ya Allah...kenapa daku bersikap begitu bertoleransi sekalipun daku sudah tahu orang itu perangainya tak betul?...(Sedih memikirkannya...)

Dan Adi mamak kembali lepas 1 jam 12 minit lebih kurang, di kala muka ku sudah merah mencuka. Ku berkata: 'Lambat!' Adi menjawab: 'Eh, mana ada. Kejap je...' Hish..kepala hotaknya. Lepas tu dia kembalikan wang daku dan kata owner tak jadi jual...Minta maaf. Dengan muka masam, daku start enjin kereta dan blah!....

Keesok-kan harinya, daku terima berita dari seorang rakan beritahu semalam dia nampak adi pungut sisa besi yg banyak masukkan ke dalam bonet dan juga keretaku. Cis! Kalau mcm tu daku dah agak - dia pergi tolak besi...(jual). Rupa2nya semua tu hanyalah komplot nak gunakan keretaku nak angkut besi yg susah nak diangkut dgn sekadar motor...Bedebah punya manusia!

Zainal Bani tu lagi seorang. Datang rumahku bawak anak kecil perempuan mengatakan dia tak cukup duit hari tu nak belikan susu anak dan sedikit beras untuk makan sekeluarga. Ada orang beritahu nampak dia keluar masuk tempat membeli dadah diwaktu selepas daku memberi dia duit utk dipinjam. Dan bodohnya daku sebab bagi dia pinjam motor dan lebihan wang suruh dia on the way nak balik tolong belikan kad top-up handphone bernilai RM20. Masa dia hantar balik motor daku, dia kata dia kena tahan dgn 'GD' (anggota polis peronda). Habis semua duit dikaut oleh polis2 tu sebab Zainal Bani tak ada lesen, dan polis2 tu pula tahan dia semasa dia keluar dari tempat mengambil dadah. Dia kata dia disyaki kerana berada di situ; sedangkan dia pergi situ nak beli susu anak dan beras. (Pasaraya di situ)

Semua labun di takkan daku tahu kalau tidak kerana rakan yg beritahu dia nampak Bani keluar masuk dari tempat tu. Rakan ku tu beritahu dia juga pernah kena dengan Bani sebijik macam yg daku kena. 'Labun' dia serupa macam yg diberitahu padaku (kena tahan 'GD') Kalau betul dia kena tahan dan diambil semua wang, kenapa lepas 2-3 jam baru nak kembali pulangkan motor? Dan dalam 2-3 jam tu memang dah ramai nampak dia dengan muka 'stim' membawa motorku keliling kampung ambik angin...Haramjadah. Daku percayakan dia sebab dia bekerja elok - sebagai Cableman Telekom. Lepas tu, sikap dia yg peramah dan tolong kawan selama bersamaku. Dia juga pernah memberi pinjam duit padaku ketika daku kesempitan wang sekali-sekala. Tapi tu cuma helah nak dapatkan 'ikan yg lebih besar' -seumpama pelaburan nak ambik peluang tipu lepas kita dah percaya pada dia.

Waduh, waduh, waduh!...Mengapa dong? Hidupku ini selalunya sangat dikelilingi manusia bertopeng? Daku terima sebagai dugaan Allah terhadap hambanya...Dan begitu banyak perbuatan menipu manusia terhadapku yang Allah dedahkan di kala permulaan, sekaligus menyelamatkan daku dari ditipu dengan perkara yg lebih besar. Dengan petunjuk ini, daku memutuskan hubungan kawanku sepenuhnya dgn Mamak dan Bani...Biarlah mereka tu TAK ADA dalam hidupku. Yg penting - daku dapat ketenangan menjalani hidup bersyukur Allah sentiasa menyelamatkan daku dari musibah. Amin.

Makasih ya - kepada sesiapa yg sudi membaca.