Saturday, January 15, 2011

waduh?...


Kawan daku yg bikin daku geram ya amat amat tiba2 kembali pada lewat petang (7 senja mcm tu...waktu maghrib duh?? Apanya mau jelma bagaikan iblis pada waktu begituk..)

Namun ku layan jua kerna dia ber'assalamualaikum' padaku dgn begitu sopan dan hormat. Pintanya saat melihat muka ku yg masam mencuka berdiri dihadapan pagar rumah;

'Maaf. Tadi, sepermergianku, polis trafik telah mengejarku lalu menahan di tepian jalan. Katanya motorsikalku perlu diperiksa roadtax, dan juga lesen memandu yg dimana; aku tidak pernah mengambil apa2 ujian memandu lalu membenarkan aku bebas bersiar dijalanan berkenderaan...Waduh...apa mau bikin sih?...Rayuanku beserta RM20 telah selamatkan aku dari disaman. Urusan terpaksa diteruskan kerna aku merayu RM10 agar janganlah tuan polisinya diambil juga...Aku ngak punya wang lagi dan aku sangatnya perlu selesaikan urusan penting...Tolong ya pak? Nanti bila ku senang; segera aku daftarnya lesen agar sah berjalanraya...'

Alasan itu diberi sambil menghulurkan RM8 mengatakan ini adalah duit gantian yg sempat dicari bagi menganti ke-tidak-sampai-an hajat aku menyuruhnya membeli obat..dan sedikit makanan. Dengan tangan mahu tak mahu, aku ambil saja tanpa berkata...Dia ingin sambung memperkuatkan cerita ditahan polisi kerna yakin aku tidak mempercaya tetapi aku menghalang:

'Ya. Sudahlah...'

'Kerna kejujuranku, aku datang kembali memberitahu. Kalau benar2 aku mahu menipu mu bayu, tentu sekali aku sudah hilang tanpa kamu melihat aku sekarang ini.' katanya lagi.

Daku menarik nafas panjang...lapar. Perut masih belum terisi. Ku target mahu segera membelanjakan wang RM8 itu membeli makan - sambil jalan terjengkut2 kakiku terseliuh. Namun di-offer-nya membawa aku ke kedai makan. Bungkus dan hantar ku balik.

Waduh?...Bagaimana ya pendapatmu?...Pada ketika hilangnya dia tadi, daku begitu marah sekali sampainya aku menulis posting yg begitu kejam bunyinya...Tapi setelah dia berada di hadapanku berkata begitu, aku jadi serba salah. Apakah situasinya hubungan yang harus aku berperanan di sinih?...Apa bikinnya mau kembali?..Kan ke elok kalau dia itu ngilangin (hilang) terus?...Atau ya dia masih sayangkan persahabatan antara aku dan dia? (Kalau lesap tidak ke mari maka kan ke senang halnya; daku tidak perlu lagi berdepan melayan karenahnya yg entah bagaimana pula di masa depan...)

Waduh?...

Hantu betul


Kawan daku yg daku ceritakan dlm posting sblum ni, yg menyesal tk sudah, insaf sampai terasa nak bunuh diri, kebas duit aku RM30 hari ni...

Ceritanya: dia merayu mintak tolong kat aku kata dia dah mula berubah dgn sengihan berseri2 di wajah. Dia cuma nak pinjam RM10, tapi aku bagi RM30 sebab nak mintak tolong dia belikan ubat utk merawat kecederaan aku akibat terseliuh 2-3 hari lepas. aku cuma mintk dia singgah farmasi on the way balik (lps dia habis urusan), bagi ubat tu kat aku memandangkan rumah aku dan dia berdekatan...Juga, sedikit makanan memandangkan hari ni aku keseorangan di rumah. Tiada transport. Motor aku, adik sedara pinjam; pegi bercuti dgn rakan2 katanya...(itu aku tk kisah lah...)

Tp dia lesap terus. Sebagai seorang kawan yg sanggup tolong, aku tak sangka dia tergamak mempermainkan aku mcm ni...Tergamak dia hancurkan persahabatan hanya kerana tak tahan tgk RM30 tu. Panas sungguh hati aku. Muka dasar penipu tunjuk simpati tu aku doakan agar terbakar isi perut. Duit haram aku sumpah pada dia.

Aku bukannya kedekut tamak sampai RM30 pun sanggup nak sumpah org. Tp situasi aku waktu tu yg tak ada sumber lain selain RM30 tu aje. Esok Ahad. Aku tak ada apa2 sumber. Haramjadah tu tak pikir aku sorang2 kat rumah tak makan tak ada transport. Tak pikir langsung selama ni aku selalu tolong dia. Dia boleh bodohkan aku sampai ke tahap tu.

Skg ni bila terbayang muka dia aku jadi benci laknatullah! Manusia mcm dia esok ni cerita menyesal berair mata aku tembak cakap: 'pi mampus kat hang lah...memang elok org mcm hang bunuh diri lps tu masuk neraka. @#@#@44#!&% Sebab lepas ni, menyesal mcm mana pun, menangis insaf mcm mana pun; semua tu palsu! Sekalipun waktu tu hang tgh terkujur tunggu sakaratulmaut nak ambk nyawa; aku buat muka toya je ckp; 'ye ke? ye ke? ye? ye? Ape? tk dgr la...'

Biar mampos setan mcm hang tu. Elok kalau dunia setan mcm hang tak ada! Amin.

Tuesday, January 11, 2011

Daku nak Bunuh Diri...

gejala penyesalan adakala membawa kepada membunuh diriAda suatu hari tu, seorang kenalan yg sudah lama tidak ku jumpa, bertandang ke rumah...Memang ternyata sudah agak lama dia tidak pernah dtg berkunjung sebagaimana dahulu. Kalau dulu, dalam seminggu, sekurang2nya akan ada sekali daku lihat kelibatnya tersenyum (nak kata manis tu, entahlah...). Orangnya memang bercakap dalam keadaan sopan santun, tertib. Memang jarang orang seperti ini wujud di kala zaman begini.

Tetapi hari tu dia datang dan lepas beberapa ketika bersembang di ruang tamu, dia meminta izin untuk baring sambil lengan bertekap (letak) di dahi. Dengan mata tertutup dia bersuara; 'Bayu, ku rasa bagaikan ingin membunuh diri....'

Daku: 'Kenapa pula?'
Dia: 'Terasa seperti dah terlalu banyak dosa aku lakukan. Bila mengenangkan semua, hati ku terasa pedih, sakit dan tidak ingin teruskan hidup. Seolah2 hidup ku seterusnya adalah untuk menambahkan lagi dosa yg ada...'
Daku: 'Ya...daku juga pernah merasa untuk bunuh diri, setiap hari, setiap malam suatu ketika dahulu...' jawabku dgn tenang sekali...
Dia: 'Habis, apa yg kau buat?'
Daku: 'Semenjak kejadian itu, daku tahu yg daku tidak boleh pulih dengan cepat. Jadi, perkara pertama daku lakukan adalah ini:

1) Termenung, rileks, bersabar sambil membuka tv sendirian. Tidak bercampur dan tidak bersembang dengan sesiapapun. Ini kerana daku mahu 'kesedaran' serta 'ketenangan' mengambil tempat ke dalam diriku...

2) Jangan fikir yg kita kena tergesa2 melakukan itu ini membuat kerja masa itu jugak! Hentikan fikir diri kena menyumbang tenaga dan kebajikan kepada masyarakat dan alam sekitar buat seketika. Biarkan diri berada dalam keadaan tidak memikirkan apa2 melainkan: Dunia ini hanya tempat sementara.

3) Fikirkan: bila kita sakit nazak atau diketika nak mati; tiada sesiapa pun yg dapat menolong dengan yg sebenar2nya melainkan diri sendiri. Adakah orang yang tersayang dapat menyelamatkan diri dari Sakaratul Maut? Tidak...sekuat atau sesayang mana pun orang itu, kematian kita hanya diri sendiri yg perlu dihadapi. Tiada bantuan dari sesispapun. So, mahu tak mahu, kehidupan sebenarnya adalah 'sendirian'.

Kata-kata seterusnya daku kepada dia adalah: 'Ingat; kehidupan kau kini adalah kerana mahu selamat apabila sudah mati kelak. Jadi; harta benda, kereta mewah, kaya-raya, nak itu nak ini, dah jadi tak releven. Semua tu adalah kebendaan duniawi. So; apa yg perlu kau fokus mulai sekarang ini adalah: apa jua tindakan daku di dunia ini, adalah kerana mahu menyelamatkan diri apabila sudah mati kelak. Tak kira apa jua yg aku lakukan; yg penting perlakuan yg aku buat tidak akan memudaratkan diri aku sendiri apabila aku sudah mati nanti!'

Ucapan tersebut telah membuatkan dia berterima kasih kepada daku. Dia bangun dari baringan dan tersenyum. Ya. Itulah hakikat sebenar tentang kehidupan di dunia yg seakan-akan semua manusia tak ambik pusing. Kehidupan kita ini adalah untuk memastikan diri tidak diseksa, dibeduk dlm neraka apabila mati kelak. Untuk para wali, aulia dan nabi, barangkali mempunyai target yg lebih tinggi iaitu: 'mencapai keredhaan Allah sedaya termampu'. Tapi buat kita yang hanya insan biasa yg senantiasa diselaputi dosa, target menyelamatkan diri agar terlepas dari bahana penjara neraka - sudah memadai. Ingat; kaya atau tidak seseorang tu, pangkat besar atau rendah, perempuan atau lelaki, semuanya tak terlepas dari pernyataan: 'Adakah aku selamat apabila aku mati nanti?'

Pokok pangkalnya di sini: perlahan2lah mengorak langkah dlm mengingati Tuhan. Sembahyang - mulakan perlahan2. Kalau tak dapat penuh 5 waktu, cuba 1 - 2 waktu. Cuba lagi dan lagi. Yang penting; tetap ada usaha dalam menuju ke arah kebaikan dalam penyesalan. Ini cumalah pendapat kerna daku sendiri pun bukannya orang yg baik sangat mahu pandai memberi nasihat...

Makasih sih kerna berkunjung di sini yah! Harapnya sudi2 bertandang lagi.