Tuesday, January 11, 2011

Daku nak Bunuh Diri...

gejala penyesalan adakala membawa kepada membunuh diriAda suatu hari tu, seorang kenalan yg sudah lama tidak ku jumpa, bertandang ke rumah...Memang ternyata sudah agak lama dia tidak pernah dtg berkunjung sebagaimana dahulu. Kalau dulu, dalam seminggu, sekurang2nya akan ada sekali daku lihat kelibatnya tersenyum (nak kata manis tu, entahlah...). Orangnya memang bercakap dalam keadaan sopan santun, tertib. Memang jarang orang seperti ini wujud di kala zaman begini.

Tetapi hari tu dia datang dan lepas beberapa ketika bersembang di ruang tamu, dia meminta izin untuk baring sambil lengan bertekap (letak) di dahi. Dengan mata tertutup dia bersuara; 'Bayu, ku rasa bagaikan ingin membunuh diri....'

Daku: 'Kenapa pula?'
Dia: 'Terasa seperti dah terlalu banyak dosa aku lakukan. Bila mengenangkan semua, hati ku terasa pedih, sakit dan tidak ingin teruskan hidup. Seolah2 hidup ku seterusnya adalah untuk menambahkan lagi dosa yg ada...'
Daku: 'Ya...daku juga pernah merasa untuk bunuh diri, setiap hari, setiap malam suatu ketika dahulu...' jawabku dgn tenang sekali...
Dia: 'Habis, apa yg kau buat?'
Daku: 'Semenjak kejadian itu, daku tahu yg daku tidak boleh pulih dengan cepat. Jadi, perkara pertama daku lakukan adalah ini:

1) Termenung, rileks, bersabar sambil membuka tv sendirian. Tidak bercampur dan tidak bersembang dengan sesiapapun. Ini kerana daku mahu 'kesedaran' serta 'ketenangan' mengambil tempat ke dalam diriku...

2) Jangan fikir yg kita kena tergesa2 melakukan itu ini membuat kerja masa itu jugak! Hentikan fikir diri kena menyumbang tenaga dan kebajikan kepada masyarakat dan alam sekitar buat seketika. Biarkan diri berada dalam keadaan tidak memikirkan apa2 melainkan: Dunia ini hanya tempat sementara.

3) Fikirkan: bila kita sakit nazak atau diketika nak mati; tiada sesiapa pun yg dapat menolong dengan yg sebenar2nya melainkan diri sendiri. Adakah orang yang tersayang dapat menyelamatkan diri dari Sakaratul Maut? Tidak...sekuat atau sesayang mana pun orang itu, kematian kita hanya diri sendiri yg perlu dihadapi. Tiada bantuan dari sesispapun. So, mahu tak mahu, kehidupan sebenarnya adalah 'sendirian'.

Kata-kata seterusnya daku kepada dia adalah: 'Ingat; kehidupan kau kini adalah kerana mahu selamat apabila sudah mati kelak. Jadi; harta benda, kereta mewah, kaya-raya, nak itu nak ini, dah jadi tak releven. Semua tu adalah kebendaan duniawi. So; apa yg perlu kau fokus mulai sekarang ini adalah: apa jua tindakan daku di dunia ini, adalah kerana mahu menyelamatkan diri apabila sudah mati kelak. Tak kira apa jua yg aku lakukan; yg penting perlakuan yg aku buat tidak akan memudaratkan diri aku sendiri apabila aku sudah mati nanti!'

Ucapan tersebut telah membuatkan dia berterima kasih kepada daku. Dia bangun dari baringan dan tersenyum. Ya. Itulah hakikat sebenar tentang kehidupan di dunia yg seakan-akan semua manusia tak ambik pusing. Kehidupan kita ini adalah untuk memastikan diri tidak diseksa, dibeduk dlm neraka apabila mati kelak. Untuk para wali, aulia dan nabi, barangkali mempunyai target yg lebih tinggi iaitu: 'mencapai keredhaan Allah sedaya termampu'. Tapi buat kita yang hanya insan biasa yg senantiasa diselaputi dosa, target menyelamatkan diri agar terlepas dari bahana penjara neraka - sudah memadai. Ingat; kaya atau tidak seseorang tu, pangkat besar atau rendah, perempuan atau lelaki, semuanya tak terlepas dari pernyataan: 'Adakah aku selamat apabila aku mati nanti?'

Pokok pangkalnya di sini: perlahan2lah mengorak langkah dlm mengingati Tuhan. Sembahyang - mulakan perlahan2. Kalau tak dapat penuh 5 waktu, cuba 1 - 2 waktu. Cuba lagi dan lagi. Yang penting; tetap ada usaha dalam menuju ke arah kebaikan dalam penyesalan. Ini cumalah pendapat kerna daku sendiri pun bukannya orang yg baik sangat mahu pandai memberi nasihat...

Makasih sih kerna berkunjung di sini yah! Harapnya sudi2 bertandang lagi.

2 comments:

  1. Trima kasih Noor.

    Sudi2lah bertandang lg...Daku sdg cuba untuk update blog ni selalu.

    ReplyDelete